TERENGGANU FC menegaskan bahawa isu mengenai sekatan pendaftaran pemain oleh FIFA atau FIFA Transfer Ban yang tular baru-baru ini telah diselesaikan sepenuhnya pada April 2025.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak TFC, isu tersebut berkaitan dengan pertikaian bayaran elaun yang melibatkan bekas pegawai asing pasukan.
“Walaupun jumlahnya hanya melibatkan lima angka, isu itu telah diselesaikan dengan pengesahan penuh oleh FIFA pada 21 April 2025.
“Segelintir peminat di laman sosial menularkan isu ini yang seolah-olah berniat memburukan reputasi kelab TFC dan yang mengakibatkan tanggapan kurang tepat serta negatif kepada kelab TFC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL…