ISTERI Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meminta pelawak berkenaan tampil memberi kerjasama dalam urusan pendaftaran dan pengesahan pernikahan mereka yang berlangsung di Thailand pada November 2023.
Fara, 33, berkata, dia berharap perkara itu dapat diselesaikan sebelum anak mereka dilahirkan sekitar Jun depan.
Jelas Fara, dia tidak mahu sekiranya perkara itu tidak diselesaikan anak yang bakal dilahirkan nanti tidak dapat berbintikan dengan nama Shuk.
“Memang kami sudah bercerai cuma sekarang saya dalam fasa mahu mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia.
Fara ketika ditemui di majlis Terbaek Raya mStar.
“Saya mahu anak saya berbintikan nama bapanya, jadi saya kena selesaikan pendaftaran perkahwinan kami dan kemudian baru saya selesaikan pengesahan cerai pula.
“Cuma saya tak sangka dia akan ceraikan saya dengan cara macam itu (melalui panggilan telefon).
“Kalau betul matang, mestilah tahu adab bercerai, jumpalah keluarga dan berbincang. Saya ada terkilan dan kesal di situ,” katanya kepada mStar.
Fara berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Terbaek Raya mStar yang diadakan di The Agam Kuala Lumpur pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN:Shuk Sahar lafaz cerai terhadap isteri melalui panggilan telefon dari Thailand, Fara Salleh nekad tuntut nafkah anak
ARTIKEL BERKAITAN:Gaduh lagi! Fara Salleh dedah layanan buruk Shuk sepanjang hamil, dilempar kata-kata hinaan… Dah sedia hilang suami
Dalam pada itu, Fara memberitahu mahkamah sebelum ini sudah menetapkan tarikh bagi proses pengesahan perkahwinan mereka namun Shuk tidak menghadirkan diri.
Kata Fara, mahkamah sudah menetapkan tarikh baharu bagi kes tersebut dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Shuk melalui orang tengah.
“Dia tidak hadir sebelum ini, jadi sudah melambatkan proses. Saya rugi masa dalam sebulan lebih.
“Jadi ada tarikh seterusnya untuk kami ke mahkamah dan saya sudah beritahu dia menerusi orang tengah, yang mana dia perlu datang pada tarikh tersebut.
Saya mahu anak saya berbintikan nama bapanya, jadi saya kena selesaikan pendaftaran perkahwinan kami.
FARA SALLEH
ISTERI SHUK SAHAR
“Untuk pendaftaran ini kalau dia datang sekali pun sudah cukup dan yang lain tak mengapa, saya uruskan,” ujarnya.
Ditanya mengenai keadaan terkini dirinya, Fara meluahkan rasa syukur kerana dijaga baik oleh ahli keluarga.
Tambahnya, dia turut mengakui emosinya juga masih berada dalam keadaan baik meskipun sedang hamil enam bulan.
“Alhamdulillah saya sihat dan usia kandungan saya sekarang adalah tujuh bulan dan seminggu.
“Bayi okay dan keadaannya juga okay, cuma keadaan saya saja kerana apabila bayi makin membesar, buat saya senang semput kerana saya ada masalah jantung.
“Emosi pula, ada masanya saya sedih tapi kebanyakan masanya saya okay. Saya selalu ditemani oleh adik perempuan saya dan saya juga tinggal bersama emak ayah saya,” katanya.
Shuk menceraikan isteri menerusi panggilan telefon.
Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.
Perkara itu dikongsikan Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Fara, suaminya melafazkan cerai itu ketika berada di Thailand dan tidak mengetahui tujuan Shuk melakukan tindakan tersebut ketika berada di negara berkenaan.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!