GELAGAT pelakon Zul Ariffin ketika berdoa dikurniakan jodoh semasa mengerjakan ibadah umrah di Makkah mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya semasa berdoa, Zul, 37, dengan jelas meminta agar dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita.
“Allahumma Zawwijni Arba’a (Ya Allah kurniakanlah daku empat orang isteri),” ujarnya.
Zul tersipu ketika gelagatnya dirakam.