PENYANYI Zubir Khan menerima Anugerah Muhibah daripada Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) Macrokiosk 2024 susulan lagu berbahasa Tamil nyanyiannya berjaya mencetus fenomena di media sosial.
Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, berkata, dia tidak menyangka hasil usahanya mendapat pengiktirafan dan berharap karya dihasilkan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menghayati semangat berbilang kaum.
“Ini benar-benar satu kejutan kerana saya tak pernah menjangkakan apa-apa anugerah daripada apa yang saya lakukan.