PELAKON Zara Zya kesal apabila timbul dakwaan kononnya dia sudah pun melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan di Thailand.
Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak benar malah mencalarkan nama baiknya sebagai seorang selebriti.
“Saya kecewa dan kesal apabila tuduhan seperti ini semakin berleluasa. Ia sangatlah tidak berasas, dan memang tak betul.
Zara meluhkan kekesalan menerusi hantaran di laman Threads pada Isnin.