TIADA angin tiada ribut, seorang individu mendakwa pelakon Zara Zya merampas suaminya menerusi perbualan mesej di laman Facebook.
Berang dengan tuduhan yang dilemparkan, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas serta tidak benar.
Katanya, dia tidak ambil pusing dengan tuduhan tersebut kerana menganggap individu yang mengirim mesej berkenaan seperti kurang siuman.
Zara berkongsi mesej tersebut menerusi InstaStory miliknya pada Rabu.