PENYANYI Zaki Yamani mendedahkan ada menerima tawaran menyambung pengajian ke sebuah universiti awam namun terpaksa menolak peluang berkenaan.
Kata Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, dia mempunyai sebab tersendiri memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti swasta.
“Siapa kata saya tak dapat UiTM, saya dapat saja tawaran itu. Alhamdulillah.
Zaki berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa.