PROGRAM Sepahtu Reunion yang berlangsung pada malam Jumaat bertukar kecoh apabila pengarah Datuk Yusof Haslam membuat kejutan dengan tampil sebagai cameo dalam program berkenaan.
Apa yang membuatkan peminat bersorak, bekas menantunya iaitu Puteri Sarah turut diundang sebagai artis jemputan dalam program sehingga pelakon itu sendiri terkejut dengan kemunculan Yusof di atas pentas.
Lebih menghiburkan apabila Yusof, 69, secara berseloroh memberitahu kepada Jep dan Rahim bahawa Puteri Sarah kini berstatus janda.