BERGELAR artis legenda bukanlah syarat untuk memilih tawaran nyanyian, pemain bass XPDC iaitu Zuar mendedahkan kumpulannya itu tidak menolak menerima sebarang tawaran persembahan.
Zuar atau nama sebenar Azuar Md Tasi, 57, berkata, mereka masih lagi aktif membuat persembahan setiap minggu termasuk menyanyi di tapak karnival.
Jelas Zuar, kumpulannya itu sudah menganggap kerjaya nyanyian sebagai pekerjaan untuk mendapatkan sumber pendapatan.