SELEPAS mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie banyak menerima tawaran kerja termasuk membuat reviu produk di media sosial.
Gembira isterinya mendapat banyak peluang, Shuib atau Shahmira Muhamad , 40, bagaimanapun menghadkan waktu agar Watie lebih memberi fokus kepada keluarga.
“Watie banyak komitmen setiap bulan. Dia perlu buat video promosi produk yang mahu bekerjasama. Jadi agak sibuk dengan kerja-kerja sebegitu.