SEPERTI kebanyakan wanita bergelar ibu yang lain, penyanyi Wany Hasrita juga pernah mengalami situasi burn out apabila terpaksa menjaga dan menguruskan anak seorang diri.
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 31, bagaimanapun berkata, walaupun berasa letih namun bersyukur masih diberikan kestabilan emosi daripada melakukan perkara tidak sepatutnya.
“Keadaan terlalu letih atau burn out itu memang ada tapi sekatakat ini Alhamdulillah masih diberikan ketenangan minda walaupun letih macam mana pun.
Wany akui jaga anak sendirian bukan perkara mudah.