NAMA pelakon dan pengacara Sherry Alhadad menjadi sebutan ramai apabila video dia keluar ‘dating’ bersama seorang jejaka tular di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Amin Moktar memaparkan Sherry yang mengenakan baju kemeja putih sambil mengenakan topi hitam menuju ke arah kereta lelaki berkenaan.
Malah wajah Sherry juga dilihat tersenyum gembira melihat gelagat Amin yang sedang merakamnya.