MASIH mempunyai perasaan sayang, suami penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr. Rushdi Ramli enggan melafazkan cerai terhadap isteri keduanya itu.
Jelas Rushdi, dia akan cuba menyelamatkan rumah tangga yang dibina hampir empat tahun itu.
Katanya lagi, dia akan sebaiknya mengelak daripada melafazkan cerai memandangkan perbuatan itu ditegah dalam Islam.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Pada hari ini saya menyatakan di hadapan yang arif bahawa saya menolak permohonan perceraian dilakukan oleh isteri terhadap saya.
Rushdi mahu pertahankan rumah tangga.
“Saya tidak bersetuju kerana saya masih menyayangi perkawinan ini dan mahu mempertahankan perkahwinan kami.
“Dalam Islam juga haram untuk kita mengamalkan penceraian tanpa alasan yang muhasabah,” katanya kepada mStar.
Rushdi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor selepas perbicaraan pertama kes perceraiannya pada Selasa.
Tidak mahu bertepuk sebelah tangan, Rushdi juga berharap Nora juga masih mempunyai perasaan sayang terhadapnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Nora reda jika diceraikan, tak mahu lagi hidup dalam persekitaran toksik
ARTIKEL BERKAITAN:Nora Ariffin akhirnya tuntut cerai
“Saya mengharapkan Nora terus cinta dan sayang pada saya.
“Namun kalau dia tiada perasaan itu dan mahu mengambil tindakan lanjut saya sudah tak boleh nak buat apa,” ujarnya.
Ditanya mengenai dakwaan dirinya gagal mengemudi rumah tangga sepanjang berpoligami, Rushdi menafikan malah enggan peduli dengan kecaman netizen.
“Saya tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut. Orang yang cakap itu dia pandai cakap saja.
Saya mengharapkan Nora terus cinta dan sayang pada saya
DR RUSHDI RAMLI
“Mungkin ada saja berpoligami melalui perkara yang sama tetapi tidak diketahui orang kerana mereka bukan seorang selebriti seperti Nora.
“Orang berkahwin seorang pun ada yang bercerai namun perkara itu bukanlah satu keaiban buat suami mungkin kerana tidak mempunyai persefahaman. Saya juga sudah cuba yang terbaik,” katanya.
Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan 4 Jun sebagai tarikh sebutan kedua kes perceraian Nora dan Rushdi.
Peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali berkata, ini bagi membolehkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Rushdi enggan menceraikan Nora.
Nora dan Rushdi ketika hadir di mahkamah syariah.
Pada 21 April, Nora memfailkan permohonan cerai selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.
Untuk rekod, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi pada penghujung 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube