DIDAKWA belum move on kerana masih memuat naik gambar bersama bekas suami iaitu pelakon Hafidz Roshdi untuk mempromosikan produk kecantikan, Nurul Shuhada berkata tindakannya itu adalah atas arahan pihak syarikat berkenaan.
Menurut Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, dia tidak pernah melihat bahan promosi yang disediakan dan hanya mengikut kehendak produk tersebut.
“Saya nak jelaskan dan bagi keterangan, saya sebagai duta produk kelangsingan badan, saya memang sudah tandatangan kontrak dengan mereka. Segala konten, gambar itu memang semua daripada dia (produk) dan saya muat naik sahaja selesaikan kerja.
Gambar yang dimuat naik Shuhada sebelum ini.