TAMPIL kelainan dalam lagu terbaharu berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain, penyanyi Ara Johari sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat komposer dan penulis lirik dari Indonesia iaitu Ilham Baso.
Bagi Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 27, soal bajet bukan menjadi penghalang apabila dia mendapat sebuah karya yang betul-betul kena dengan seleranya dan yakin ia boleh diterima ramai.
“Berapa saya belanja itu, kita tolak tepi dahulu. Saya berani melabur dan berbelanja besar kerana tahu lagu ini kena dengan jiwa serta hati pendengar kita.
Ara yakin apa yang diusahakan kini akan membuahkan hasil.