PENYANYI Datuk Jamal Abdillah sempat menjayakan sebuah konsert anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bersama Allahyarham Datuk S Atan di Sabah dua minggu lalu.
Jamal, 65, berkata, ketika itu dia perasaan kesihatan arwah tidak berada dalam keadaan baik namun tetap nampak bersemangat sebelum dimaklumkan S Atan dimasukkan ke sebuah hospital sejurus pulang ke Kuala Lumpur.
Malah kata Jamal, beliau sempat menziarahi S Atan di wad dan keadaannya kelihatan uzur.