HASIL keuntungan jualan makanan ringan yang diusahakan oleh pelawak Achey dan anaknya iaitu Nur Tiara Zinnirah membolehkan mereka membeli sebuah kenderaan serba guna (MPV) bagi tujuan perkhidmatan van jenazah secara percuma.
Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata kenderaan itu berjaya dibeli hasil daripada sokongan netizen terhadap perniagaan Tiara Botol Candy yang diusahakan di TikTok.
“Assalamualaikum, inilah pencapaian seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir Binti Abdul Haq atau dikenali sebagai Tiara.
Perniagaan jualan makanan ringan Tiara mendapat sambutan ramai.