PENAMPILAN baharu isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya tampil mengenakan niqab meraih perhatian pengikut di Instagram.
Menjawab mengenai imej terbaharunya isterinya itu, Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 36, berkata Tya sudah lama mengenakan penampilan sejak pulang menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.
“Saya rasa berniqab itu pilihan dia. Perubahan isteri saya itu sudah lama sejak dia jarang berkongsi perkembangan di media sosialnya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Antara sedutan video yang dikongsikan Tya di media sosialnya.