BERANG kerana hutang belum selesai, penyanyi Aiman Tino tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap sepasang suami isteri yang merupakan penganjur acara berpengkalan di Sabah.
Kata Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 26, dia memberi tempoh selama tujuh hari bagi pihak berkenaan memberi maklum balas selepas membuat pendedahan mengenai penipuan mereka di laman sosial miliknya pada Ahad.
“Sudah banyak kali saya hubungi dia dan kali terakhir mesej saya dibalas adalah pada 11 Oktober tahun lalu. Semalam (Sabtu) pun saya ada mesej dan cuba hubungi namun tiada jawapan.
Perkongsian Aiman di sosial media menunjukkan usaha menghubungi pihak berkenaan.