SEJAK beberapa hari lalu timbul gosip mendakwa penyanyi Ernie Zakri menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pemuzik di media sosial.
Menyangkal tuduhan berat itu, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, mendedahkan dia tahu dalang di sebalik penyebaran fitnah iaitu seorang peminat yang obses dengannya.
Kata Ernie, ini bukan kali pertama individu sama melemparkan fitnah terhadapnya malah perkara sama sudah dilakukan sebelum dia berkahwin dengan suami iaitu penyanyi Syamel beberapa tahun lalu.
Ernie ketika ditemui pada cara Meet and Greet Paling Ikonik AJL38.