KEHADIRAN pelakon Izara Aishah ke sebuah restoran Jepun menimbulkan salah faham apabila ada yang mendakwa aktres berkenaan berkunjung ke kelab malam biarpun sudah berhijab.
Izara atau Izara Aishah Hisham, 32, berkata dia perlu menjelaskan cerita sebenar kerana fitnah yang disebarkan boleh merosakkan reputasinya.
“Saya perlu menjelaskan perkara ini kerana fitnah tersebut boleh mencemarkan nama baik saya,” katanya.
Izara tampil bersuara menceritakan hal yang sebenar.