SELEPAS berjaya menggenggam segulung ijazah tiga tahun lalu, penyanyi Tomok menyimpan hasrat menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana.
Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, dia mahu menunjukkan contoh yang baik buat tiga anaknya supaya mereka turut sama mengikut jejak langkah ke menara gading suatu hari nanti.
“Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan ketika hari konvokesyen di mana saya berada di dalam dewan dan menunggu nama saya dipanggil naik ke atas pentas.