ISTERI pelawak Shuib iaitu Watie hanya mampu mengucap panjang apabila seorang individu tergamak menuduh dia punca perubahan sikap suaminya.
Tidak melenting dengan tuduhan tersebut, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, sebaliknya berdoa agar Allah SWT memelihara hati setiap manusia.
“Dapat banyak DM pagi ini, ramai hantar video ini kepada mummy (panggilan Watie). Bila tengok mengucap panjang sajalah yang mampu.
Watie berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.