KES kematian penyanyi Nidza Afham kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara, Datuk Hussein Omar Khan yang menjelaskan tiada sebarang unsur jenayah hasil siasatan pihak berkuasa.
“Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah. Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR,” katanya kepada pemberita.
Hussein (kanan) berkongsi perkembangan kes kematian Nidza.