IMPIAN penyanyi Bad Indigo ingin mendapatkan alat bantuan untuk memudahkan dirinya kembali berjalan tidak kesampaian apabila pengeluar produk berkenaan di Amerika Syarikat (AS) tidak membenarkan ia dihantar ke luar daripada negara itu.
Memandangkan alat bantuan dikenali X-Leg itu hanya boleh dibeli di negara pengeluar, maka Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, sedang mencari mana-mana individu yang berada di AS untuk membantunya mendapatkan produk berkenaan.
“Saya telah cari atau buat kajian lebih daripada setahun. Alat ini adalah yang paling terbaik untuk keadaan saya ketika ini. Ahli fisioterapi dan ahli terapi juga mengatakan ini yang terbaik.
Bad mencari individu yang boleh membantunya membeli alat itu di California, AS.