PERKONGSIAN status penyanyi Nabila Razali di akaun Instagram mengundang pertanyaan ramai sehingga ada peminat membuat andaian ia berkaitan dengan hari bahagianya.
Dalam kapsyen ringkas berkenaan, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, teruja memberitahu dia sedang membilang hari seolah-olah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
“The count down is on… (Mula menghitung hari),” tulisnya bersama emoji merpati yang sering dikaitkan dengan majlis perkahwinan.
Perkongsian Nabila menimbulkan tanda tanya.