BANYAK iktibar diperoleh menerusi drama Keluarga Itu, usahawan sensasi Rozita Baharom tergerak hati memperbaiki diri dalam menjadi seorang wanita dan isteri lebih baik.
Kata Rozita atau mesra disapa Che Ta Pot Pet, 38, banyak pengajaran diperoleh termasuk mengubah dirinya menjadi seorang isteri lebih taat kepada suaminya iaitu Aaron Lee.
Rozita bersama suami dan anak-anaknya.
Karakter dilakonkan Datuk Rosyam Noor sebagai Iman yang melakukan pelbagai perkara terkutuk disebabkan tidak dilayan isteri memberi kesan kepadanya.