PERNAH rasa putus asa untuk menyiapkan album sulungnya kerana kekangan waktu, penyanyi Aina Abdul akhirnya berjaya melancarkan buah tangan terbaharu berjudul Imaji.
Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, dia bersemangat menghasilkan album ini selepas terkesan dengan kata-kata pengarah muzik Datuk Ramli MS yang menyatakan untuk seseorang artis menganjurkan konsert, perlu mempunyai album terlebih dahulu ketika mereka menjurikan program Big Stage.
Lebih membuatkan dia tercabar dengan kenyataan itu apabila ada suara-suara sumbang mentertawakannya kerana masih tidak mempunyai album.
Aina akui terkesan dengan komen Tok Ram sebelum ini.