DILIHAT sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sejak bercerai, pelakon Fattah Amin menyangkal sudah lama tidak bertemu dengan anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, sebaliknya tidak pernah menggunakan alasan sibuk bagi mengelak meluangkan masa bersama anaknya.
“Kalau ada kata saya sibuk sampai tak jenguk anak, itu tidak benar. Saya sentiasa menghubungi dan mencari masa untuknya sebab Fatima tanggungjawab saya.