TABAH hadapi ujian demi ujian, personaliti media sosial Aisyah Hijanah sentiasa berfikiran ke hadapan daripada mengingati kisah lalu yang menyakitkan.
Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, berkata, dia sentiasa bersangka baik dengan ujian ditetapkan Allah SWT serta sudah kembali menghadiri majlis ilmu untuk menenangkan diri.
“Sekarang memang banyak tetapkan pemikiran saya untuk selalu maju ke hadapan.