PERTARUHAN tarian dengan unsur budaya yang terdapat di Malaysia membawa tuah kepada kumpulan Danny apabila muncul sebagai juara pertandingan Battleground Malaysia: Road To Gold (#BTGMY) pada malam Jumaat.
Ketua kumpulan itu, Danny Lee Yu Xin, 29, berkata, mereka memilih mengetengahkan keunikan tarian tempatan kerana ia lebih menarik berbanding gerakan lain.
“Saya lebih gemar guna lagu-lagu dan tarian tempatan sebab Malaysia ada banyak budaya yang boleh diketengahkan.