PELAKON Puteri Sarah Liyana tampil menjawab mengenai perkongsian foto memaparkan tangan seorang lelaki yang dimuat naik di Instastory, baru-baru ni.
Menurut Puteri Sarah atau Puteri Liyana Megat Kamaruddin, 38, individu berkenaan merupakan rakan perniagaannya yang juga aktor dari Indonesia bernama Andi Arsyil Rahman.
Jelas Puteri Sarah, pertemuannya dengan pemuda berkenaan hanya atas urusan perniagaan semata-mata.
Setiap perkongsian Puteri Sarah pasti menjadi perhatian ramai.