PENYANYI Datin Alyah kerap mendapat mesej gangguan daripada peminat fanatik peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di Instagram miliknya.
Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 42, berkata, peminat melepaskan kemarahan kepadanya susulan tidak berpuas hati apabila juri tetap ASGV yang juga suaminya, Datuk Ramli MS memberikan kritikan pedas terhadap persembahan artis kegemaran mereka.
Kata Alyah, meskipun dia merupakan isteri kepada Ramli namun itu bukan bererti dia mencampuri hal berkaitan tugas suaminya sebagai juri program tersebut.
Hantaran Alyah di Insta Story miliknya.