PELAKON Fatin Afeefa menjelaskan tindakannya merahsiakan kehamilan dan kelahiran anak ketiga adalah kerana mahu menjaga privasi.
Menurut Fatin, 30, dia dan suami iaitu Aliff Awang sudah sepakat untuk tidak menguar-uarkan perkara itu kerana mahu menjalani hidup dengan lebih tenang dan mengelakkan daripada sebarang fitnah.
“Saya tidak mahu orang luar menilai bagaimana saya dan suami membesarkan anak. Saya mahu menjalani kehidupan sebagai ibu dengan tenang.
Fatin bersama suami dan anak-anaknya.