SELEPAS lama berteka-teki mengenai hubungan cintanya, penyanyi Sufian Suhaimi selamat bergelar suami kepada Rania Al Sadat pada pagi Jumaat.
Pasangan ini dilaporkan melangsungkan pernikahan secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat.
Sufian, 33,menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas kepada Rania pada upacara pernikahan tersebut.
Hubungan cinta Sufian dan Raniaberakhir di jenjang pelamin.