PELAKON Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri selepas selamat disatukan dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Fariz pada pagi Sabtu.
Majlis pernikahan Shakilla berlangsung secara tertutup di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.
Antara rakan pelakon yang hadir meraikan pengantin ialah Ramona Zam Zam yang turut berkongsi gambar bersama pengantin di Instagram miliknya.
Ramona dan Shuhadah berkongsi momen menghadiri perkahwinan Shakilla.