PASANGAN pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri selepas selamat disatukan di sebuah ruang acara di Taiping, Perak pada petang Jumaat
Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram.
Mengambil berkat hari Jumaat, Syafiq meluahkan rasa syukur majlis akad nikah itu berjalan lancar.
Mimi dan Syafiq ketika sesi batal air sembahyang.