PERTAMA kali dalam sejarah, stesen radio Suria FM mengumumkan kerjasama bersama pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) sebagai rakan radio rasmi.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin, stesen berkenaan berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk menjalinkan kerjasama dan menjadi sebahagian daripada tulang belakang PDRM FC.
“Suria FM berasa amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi radio rasmi PDRM FC.
DJ Lin berkongsi perkara itu ketik ditemui di sidang media pengumuman kolaborasi bersama PDRM FC.