STESEN radio Suria FM berjaya mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 292,000 menerusi keputusan terkini kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024.
Angkat tersebut meningkat 10 peratus berbading kajian terdahulu dan secara keseluruhan Suria FM telah menarik lebih 3.3 juta pendengar dalam tempoh seminggu.
Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin memberitahu angka tersebut juga menjadi bukti sokongan berterusan pendengar.
DJ Lin terharu dengan sokongan pendengar.