NAMPAKNYA pelakon Amar Baharin memang tidak main-main dengan aktiviti berbasikal apabila kini dalam misi kayuhan dari Kuala Lumpur ke Hatyai di Thailand.
Amar atau Amar Mohd Baharin, 40, tidak berseorangan sebaliknya ditemani oleh jurulatihnya dikenali sebagai Ady menyelesaikan perjalanan memakan jarak sejauh 550 kilometer.
Berkongsi mengenai misi berkenaan, Amar memberitahu kayuhan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim pada hari pertama turut ditemani oleh rakan-rakan daripada komuniti berbasikal Seven Cycle.
Perkongsian Amar sepanjang perjalanan berbasikalnya.