SUDAH sebulan mendirikan rumah tangga, anak kepada kepada Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Noah Sinclair masih lagi belum dapat menerima kehadiran bapa tiri iaitu Tiko Aryawardhana.
Kata Tiko, remaja berusia 14 tahun itu dalam proses menerima kehadirannya mengantikan Allahyarham Ashraf Sinclair di dalam keluarga.
Malah Tiko, 44, juga tidak memaksa untuk Noah menerima dirinya segera sebaliknya memberi ruang buat anak tirinya itu.
BCL bersama suami dan anak kini sedang berada di Makkah.