ISTERI kedua kepada personaliti media sosial Abang Tesla selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan.
Dalam meraikan kegembiraaan, Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, turut meluahan rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak menyebarkan berita kelahiran bayi itu tanpa pengetahuannya.
Khal berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada malam Ahad.
“Bini saya tengah dekat hospital. Saya tak tahu macam mana nak buat lagi. Saya dah sorokkan tentang kelahiran anak saya.