PENDATANG baharu sepatutnya menunjukkan rasa hormat serta memulakan langkah bertegur sapa dengan pelakon lebih senior ketika berada di set penggambaran.
Bagi pelakon Sophia Albarakbah, dia mengakui ada timbul rasa takut untuk memulakan langkah menegur artis lebih senior kerana bimbang mereka enggan diganggu atau tersalah kata ketika berbual dengan mereka.
Namun tanggapan itu ternyata salah apabila sepanjang bergelar pelakon dia tidak pernah berdepan isu dibuli artis lebih senior dan sentiasa dapat bekerja dengan mereka yang profesional.