PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila menjadi wanita ketiga diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Biduan Negara pada Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung pada malam Rabu.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Khairul Firdaus Akhbar Khan pada majlis yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Selain trofi, Siti turut membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 Siti juga membawa pulang wang tunai berserta kain songket watikah dan status sebagai Seniman Tamu.
Siti (kanan) ketika menerima Anugerah Biduan Negara daripada Khairul Firdaus.