MENERIMA teguran berhubung tindakannya mempromosikan produk nikotin di media sosial, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memohon maaf mengakui kesilapannya itu.
Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, dia terkhilaf membuat perkongsian berkenaan tanpa menyelidik dan mengetahui produk yang dipromosikan itu.
“Maaf atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di IG (Instagram) feed saya sebelum ini.
Siti menyedari kekhilafan tidak menyelidik produk yang dipromosikannya.