PENYANYI Faizal Tahir tampil dengan single terbaharu kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berjudul Perjuangan Takkan Tamat.
Lebih membanggakan karya itu turut terpilih sebagai lagu tema rasmi kejohanan M6 World Championship 2024 yang sedang berlangsung sehingga 15 Disember 2024.
Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 46, berkata, karya itu bukan sekadar lagu tema tetapi simbol untuk semua pendengar yang sedang berusaha mengatasi cabaran dan rintangan masing-masing.
Faizal mahu sampaikan mesej agar mereka yang berada di saat sukar tidak mudah menyerah kalah.