SEMPENA ulang tahun kelahiran Allahyarham Abam, Nor Hidayah berkongsi momen indah ketika dia bersama arwah suaminya itu.
Hidayah atau Nor Hidayah Mohd Ali, 32, berkongsi video memaparkan dirinya berduet bersama arwah menyanyikan lagu Memori Berkasih nyanyian Allahyarham Achik Spin dan Siti Nordiana.
Sebak mengingati momen itu, Hidayah turut menitipkan pesanan buat pasangan suami isteri di luar sana untuk menyimpan segala memori bersama agar menjadi kenangan apabila mereka sudah tiada.
Hidayah tidak dapat menahan rindu terhadap Allahyarham suaminya.