BERJAYA mencipta nama menerusi pelbagai watak utama dalam drama dan filem, pelakon Fasha Sandha mengakui peluang melakonkan karakter antagonis lebih menyeronokkan bagi dirinya.
Sama sekali tidak memilih watak, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata dia berasa puas apabila dapat menjayakan pelbagai karakter sepanjang berkecimpung dalam karier lakonan.
“Saya lebih suka sekiranya mendapat watak antagonis. Saya dapat berikan sesuatu yang berbeza dalam lakonan. Jika watak bukan heroin pun saya tiada masalah.
Fasha suka cabar diri dengan watak antagonis.