PELAWAK Shuib mendedahkan dia pernah terlibat dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan suatu ketika dahulu.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata, dia juga pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000.
Cerita Shuib, ketika itu dia bersama rakan pelawak iaitu Shuk Sahar berada di Ipoh bagi menjalani penggambaran sebuah filem sekitar tahun 2013.
Shuk menjadi saksi kehebatan Shuib bermain judi.