BERUNTUNG betul Mamat Sepah apabila pelawak itu bakal menunaikan umrah di Makkah pada bulan Ramadan tidak lama lagi.
Peluang itu diterima selepas sahabatnya yang juga pelawak Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah buat Mamat.
Kata Shuib atau Shahmira Muhammad, 41, dia sudah lama memasang niat membawa Mamat ke Tanah Suci dan bersyukur niat itu termakbul.
Mamat tidak dapat menahan sebak selepas menerima hadiah tersebut.